Saturday, June 6, 2009

Portfolio Biro Agama dan Kerohanian

PORTFOLIO AMT DAN LUJNAH

AHLI MAJLIS TERTINGGI

EXCO

- Wakil utama Biro Agama dan Kerohanian untuk berhubung dengan pihak pentadbir, para pensyarah dan pihak luar.

- Memaklumkan segala aktiviti yang akan dilaksanakan oleh Jawatankuasa Perwakilan Pelajar kepada Biro Agama dan Kerohanian.

- Berurusan dengan pihak Jawatankuasa Perwakilan Pelajar tentang aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan oleh Biro Agama dan Kerohanian.

- Mengeluarkan arahan kepada ahli jawatankuasa Biro Agama dan Kerohanian untuk mengadakan mesyuarat.

- Menjadi pengerusi dalam mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi.

- Sebagai ketua pemantau untuk semua lujnah dalam Biro Agama dan Kerohanian.

- Menjadi individu utama yang merancang, melaksanakan dan memantau gerak kerja organisasi Biro Agama dan Kerohanian.

- Memantau mana-mana lujnah dalam Biro Agama dan Kerohanian mengikut persetujuan Ahli Majlis Tertinggi.

TIMBALAN 1

- Menjadi tempat rujuk utama bagi ahli jawatankuasa Muslimin / Muslimat Biro Agama dan Kerohanian.

- Memangku portfolio pengerusi semasa ketiadaan pengerusi.

- Bekerjasama dengan pengerusi dalam merancang, melaksanakan dan memantau gerak kerja organisasi Biro Agama dan Kerohanian.

- Memantau mana-mana lujnah dalam Biro Agama dan Kerohanian mengikut persetujuan Ahli Majlis Tertinggi.

TIMBALAN 2

- Menjadi individu utama yang merancang, melaksanakan dan memantau program pentarbiahan ahli.

- Bertanggungjawab terhadap disiplin ahli.

- Memangku portfolio pengerusi dan timbalan pengerusi I semasa ketiadaan mereka.

- Menjadi tempat rujuk utama bagi ahli jawatankuasa Muslimin / Muslimat Biro Agama dan Kerohanian.

- Bekerjasama dengan pengerusi dan timbalan pengerusi I dalam merancang, melaksanakan dan memantau gerak kerja organisasi Biro Agama dan Kerohanian.

- Memantau mana-mana lujnah dalam Biro Agama dan Kerohanian mengikut persetujuan Ahli Majlis Tertinggi.

SETIAUSAHA

- Menguruskan urusan mesyuarat.

o Mengeluarkan dan mengedarkan memo mesyuarat.

o Mencatat dan mengedarkan minit mesyuarat.

- Mengendalikan urusan surat-menyurat berkaitan gerak kerja organisasi Biro Agama dan Kerohanian.

- Membuat dan membentangkan laporan keseluruhan perjalanan Biro Agama dan Kerohanian secara bulanan dan tahunan.

- Membuat kertas kerja dan menyediakan segala maklumat berkenaan program yang akan dilaksanakan oleh Biro Agama dan Kerohanian.

- Mengemaskini dan menyimpan fail rasmi Biro Agama dan Kerohanian

- Bekerjasama dengan timbalan setiausaha dalam menjalankan tugas-tugas kesetiausahaan.

- Memantau mana-mana lujnah dalam Biro Agama dan Kerohanian mengikut persetujuan Ahli Majlis Tertinggi.

TIMBALAN SETIAUSAHA

- Menganalisis dan menyimpan data ahli jawatankuasa Biro Agama dan Kerohanian.

- Menyelaras dan memantau fail setiap lujnah.

- Mengumpul dan menganalisis laporan bulanan setiap lujnah.

- Membantu setiausaha dalam membuat laporan keseluruhan perjalanan Biro Agama dan Kerohanian secara bulanan dan tahunan.

- Bekerjasama dengan setiausaha dalam menjalankan tugas-tugas kesetiausahaan.

- Memangku portfolio setiausaha semasa ketiadaan setiausaha.

- Memantau mana-mana lujnah dalam Biro Agama dan Kerohanian mengikut persetujuan Ahli Majlis Tertinggi.

BENDAHARI

- Membuat belanjawan tahunan.

- Menganalisis dan meluluskan belanjawan kewangan bagi setiap program yang dijalankan oleh Biro Agama dan Kerohanian.

- Menganalisis dan mengeluarkan laporan kewangan bulanan dan tahunan Biro Agama dan Kerohanian.

- Menyediakan dan mengeluarkan peruntukan kewangan untuk setiap lujnah.

- Meluluskan dan mengeluarkan wang tuntutan kewangan (claim dan resit) daripada ahli jawatankuasa Biro Agama dan Kerohanian.

- Menguruskan sistem kewangan Biro Agama dan Kerohanian.

o Membuat rekod kelaur masuk wang dalam lejar.

o Menjadi pemegang buku akaun Biro Agama dan Kerohanian

- Bekerjasama dengan bendahari dalam urusan kewangan organisasi Biro Agama dan Kerohanian.

- Memantau mana-mana lujnah dalam Biro Agama dan Kerohanian mengikut persetujuan Ahli Majlis Tertinggi.

TIMBALAN BENDAHARI

- Menyediakan dan menguruskan tabung surau.

- Mengutip, menyimpan dan merekod wang sumbangan daripada pelatih.

- Menyelaras dan memantau kewangan setiap lujnah.

- Membuat borang SWOT bagi setiap program yang akan dijalankan oleh Biro Agama dan Kerohanian

- Memangku portfolio bendahari semasa ketiadaan bendahari.

- Bekerjasama dengan bendahari dalam urusan kewangan organisasi.

- Memantau mana-mana lujnah dalam Biro Agama dan Kerohanian mengikut persetujuan Ahli Majlis Tertinggi.

LUJNAH-LUJNAH

LUJNAH TARBIYAH

- Menyusun jadual Imam dan Bilal.

- Merancang aktiviti kefahaman tentang Islam.

· Contoh: Kempen “ ZERO COUPLE, Kempen palestina

- Merancang dan menyusun jadual pengisian mingguan:

· Contoh: Kuliah Pensyarah JAPIM, Tadarus al-Quran, Kuliah Tahsin Al-Quran, KULTUM, Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil.

- Merancang dan melaksanakan program usrah dan tamrin untuk ahli jawatankuasa.

- Memperkasakan aktiviti Kelab Rakan Surau.

- Membuat dua kertas kerja perancangan aktiviti untuk setahun:

1. Aktiviti yang melibatkan anjuran lujnah sahaja.

2. Aktiviti yang melibatkan kerjasama lujnah dengan mana-mana biro JPP (tetapi lujnah harus menggunakan nama Biro Agama dan Kerohanian).

LUJNAH HAL EHWAL WANITA ISLAM ( HELWI )

- Menyusun jadual Imam dan Bilal.

- Merancang aktiviti kefahaman tentang Islam.

- Merancang dan melaksanakan program usrah dan tamrin untuk ahli jawatankuasa.

- Memperkasakan aktiviti Kelab Rakan Surau.

- Menjadikan HELWI sebagai tempat rujukan kepada pelatih muslimat.

- Menguruskan kuliah HELWI.

· Contoh : Menyusun jadual kuliah, Menerbitkan risalah berkaitan kefahaman fiqh wanita.

- Menguruskan kuliah HELWI.

- Menganjurkan program tautan ukhwah dan kefahaman.

- Bekerjasama dengan Lujnah Keseniaan dan Kebudayaan Islam untuk menganjurkan aktiviti kepada pelatih muslimat.

- Melancarkan kempen untuk muslimat.

· Contoh : Kempen tutup aurat

- Membuat dua kertas kerja perancangan aktiviti untuk setahun:

1. Aktiviti yang melibatkan anjuran lujnah sahaja.

2. Aktiviti yang melibatkan kerjasama lujnah dengan mana-mana biro JPP (tetapi lujnah harus menggunakan nama Biro Agama dan Kerohanian).

LUJNAH EKONOMI

- Menjana dana untuk aktiviti biro Agama dan Kerohanian.

· Contoh : Menjadi agen jualan, Mengeluarkan produk biro Agama dan Kerohanian seperti t-shirt dan sebagainya.

- Merancang jualan sempena program institut.

- Membekalkan barangan keperluan muslim.

· Contoh : Mini koperasi, barangan Ibadah

- Membuat dua kertas kerja perancangan aktiviti untuk setahun:

1. Aktiviti yang melibatkan anjuran lujnah sahaja.

2. Aktiviti yang melibatkan kerjasama lujnah dengan mana-mana biro JPP (tetapi lujnah harus menggunakan nama Biro Agama dan Kerohanian).

LUJNAH HAL EHWAL SURAU

- Menyelia logisik dan inventori Surau Al-Hidayah:

1. Merekod pengeluaran dan kemasukan barangan surauMenyimpan waranti barangan surau yang dibeli.

2. Mencatat barangan yang diperlukan dan mendapatkan barangan tersebut di stor IPIP.

- Menyediakan menguruskan pelaksanaan gotong-royong:

1. Membuat jadual tugasan gotong-royong bagi setiap unit.

2. Adakan gotong-royong pada setiap hujung minggu.

- Menambahkan keceriaan luar dan dalam surau.

- Penyelenggaraan PA system.

- Bertanggungjawab terhadap perpustakaan surau.

- Membuat dua kertas kerja perancangan aktiviti untuk setahun:

1. Aktiviti yang melibatkan anjuran lujnah sahaja.

2. Aktiviti yang melibatkan kerjasama lujnah dengan mana-mana biro JPP (tetapi lujnah harus menggunakan nama Biro Agama dan Kerohanian).

LUJNAH MAKANAN

- Menyelenggara dapur surau.

· Contoh : meyediakan buku penggunaan dapur dan alatan surau.

- Mengatur jadual penyedian iftar mengikut setiap unit.

- Menyediakan juadah berbuka puasa sunat pada hari isnin dan khamis.

- Menyediakan jadual penyediaan makanan selepas kuliah JAPIM mengikut setiap unit.

- Pemberitahuan penggunaan dapur kepada pelatih.

- Membuat dua kertas kerja perancangan aktiviti untuk setahun.

1. Aktiviti yang melibatkan anjuran lujnah sahaja.

2. Aktiviti yang melibatkan kerjasama lujnah dengan mana-mana biro JPP (tetapi lujnah harus menggunakan nama Biro Agama dan Kerohanian).

LUJNAH PENERBITAN, PENERANAGAN DAN PUBLISITI ( 3P )

- Menerbitkan Buletin Ruhul Jadid pada setiap awal bulan:

1. Mewujudkan takwim bulanan dalam buletin Ruhul Jadid.

2. Menyediakan ruang dalam Ruhul Jadid untuk pengisian daripada setiap lujnah.

- Mengeluarkan takwim aktiviti kerohanian.

- Membuat hebahan tentang setiap aktiviti kerohanian yang dijalankan.

- Menyediakan jadual untuk ajk yang bertugas membuat pengumuman:

1. Menyediakan borang kepada setiap lujnah yang ingin membuat pengumuman.

2. Membuat iklan dan poster untuk hebahan aktiviti.

- Menghias dan mengisi papan-papan kenyataan yang terdapat di Blok Cempaka, Surau Al-Hidayah dan Pondok PGP.

- Membuat dua kertas kerja perancangan aktiviti untuk setahun.

1. Aktiviti yang melibatkan anjuran lujnah sahaja.

2. Aktiviti yang melibatkan kerjasama lujnah dengan mana-mana biro JPP (tetapi lujnah harus menggunakan nama Biro Agama dan Kerohanian).

LUJNAH TUGAS-TUGAS KHAS

- Menyelenggarakan blog Biro Agama dan Kerohanian.

- Mewujudkan blog bagi setiap lujnah.

- Menghantar buletin Ruhul Jadid kepada Institut-Institut Perguruan seluruh Malaysia.

- Menyimpan contact number individu yang boleh dihubungi di setiap Institut.

- Peka dengan program-program luar yang dijalankan di luar Institut contohnya seperti aktiviti di Masjid An-Nur, Karnival Keseniaan Perak dan sebagainya.

- Menguruskan disiplin pelatih di Surau Al-Hidayah.

1. Menguruskan kehadiran pelatih muslim ke surau meliputi pengedaran borang kehadiran, pengumpulan borang kehadiran dan analisis.

2. Memantau pakaian pelatih ke surau.

( Lelaki : berbaju Melayu, Perempuan : berbaju kurung atau jubah )

- Memantau disiplin ajk Biro Agama dan Kerohanian ( kehadiran, akhlak dan sebagainya ).

- Peka terhadap kebajikan pelatih muslim.

· Contoh :

1. Menziarahi pelatih yang sakit di hospital.

2. Membantu pelatih yang ditimpa musibah dari segi kutipan dana atau bacaan tahlil dan yaasin.

3. Menguruskan data pelatih Muslim.

4. Menyediakan First Aid Kit di surau Al-Hidayah.

- Membuat dua kertas kerja perancangan aktiviti untuk setahun.

1. Aktiviti yang melibatkan anjuran lujnah sahaja.

2. Aktiviti yang melibatkan kerjasama lujnah dengan mana-mana biro JPP (tetapi lujnah harus menggunakan nama Biro Agama dan Kerohanian).

LUJNAH KEBUDAYAAN DAN KESENIAN ISLAM

- Melestarikan hiburan bercorak Islamik.

· Contoh :

1. Memasang lagu nasyid dalam setiap aktiviti di maktab.

2. Menganjurkan bengkel Keseniaan Islam seperti nasyid, khat, qasidah dan sebagainya.

3. Mempromosikan radio IKIM.FM.

4. Menganjurkan lawatan ke pusat-pusat Keseniaan Islam seperti Yayasan Restu, Muzium Keseniaan Islam dan sebagainya.

- Menganjurkan Minggu Keseniaan Islam.

- Menguruskan Radio Jumaat.

1. Menghidupkan hari jumaat sebagai Sayyidul Ayyam ( Penghulu segala hari )

2. Mengadakan bacaan doa dan tazkirah ringkas sebelum ke kuliah pada hari jumaat setiap minggu.

- Mengambil perhatian terhadap hari-hari kebesaran Islam seperti Nuzul Quran, Maulidur Rasul, Maal Hijrah.

0 comments: